Sunday, March 11, 2012

cara Tony Fernades

sejak dulu, Tony dan Air Asia ada beberapa masalah dengan kerajaan dan MAS. Dia sering mengatakan Air Asia 'bermain' di padang yang tak sama rata dengan MAS .Ada betulnya juga sebab MAS adalah entiti kerajaan, tentunya kerajaan menjaga kepentingannya. Sebarang perbincangan dengan kerajaan atau MAS menemui jalan buntu(Subang Airport/aerobrigde klia2/lesen route contoh-contohnya).

ting! the best thing to do is masuk dalam MAS. MAS memang sentiasa rugi saban tahun dengan ratus2 juta ringgit setahun. Jadi dengan model air asia yang berjaya tidak susah untuk air asia dan MAS joint venture untuk kebaikan bersama.

Masalahnya, aku nampak MAS masih rugi dengan kemasukan Tony. Staff-staf MAS juga kurang puas hati dengan jv. Dan dengarnya kerugian paling besar pula dicatatkan suku pertama tahun ni. Dahlah firefly diberhentikan. Tony ada bunyi-bunyi MAS mahu kaji penggunaan aerobridge oleh MAS di KLIA 2. Pengurangan kos katanya.

Tony licik. satu batu kena pada tiga burung. Satu kena MAS. satu kena MAB. satu kena kerajaan.

Kalau aku, aku try jv dengan etihad atau emirates jer. dua company arab ni memang banyak duit dan takde masalah dengan kenaikan harga minyak dunia. dan Malaysia boleh tawarkan geografi - pintu masuk asia tenggara. dengan kejayaan air asia, ada juga sebab yang baik untuk jv.

ps-sarawak im coming again..

1 comment:

  1. Cerita Air Asia dengan MAS macam metos ular telan naga, fuhhhhh....

    ReplyDelete