Sunday, January 30, 2011

hero sukan terengganu



1.anuar manan
setelah bertahun-tahun menganjur le tua de langkawi..akhirnya ada pelumba negara naik podium..malaysia memang terkenal dengan penganjuran tapi tidak dengan kemenangan..hehehe.masuk list aku walau orang kata team yang join le tour de langkawi team dok power mana...


2.nazmizan mohammad
mungkin sekadar jaguh asean dan tidak lama..tapi susuk tubuh yang tegap..dan mengalahkan 2 sprinter thailand (negara jagoan pecut taraf asia) memang memorable.bekas raja pecut asia tenggara. menang emas 100meter dan 200meter sukan sea sekaligus kali pertama sejak kemarau 36 tahun.

"Saya sebenarnya tidak layak untuk beraksi pada Sukan SEA 2003 kerana gagal melepasi had kelayakan. Namun, selepas perbincangan dan rayuan dibuat, saya telah diberi peluang, itu pun atas tiket sebagai atlet Kategori B.

"Tiada siapa mengenali saya ketika itu. Walaupun dalam hati kecil saya tetap terdetik untuk mencipta sejarah di bumi Vietnam. Ketika acara 100 meter berlangsung, saya tidak memikirkan apa-apa selain ingin menamatkan perlumbaan," jelasnya.



3.azizul hasni awang
minat lumba basikal masa kecik masa tengok peserta le tour de langkawi...ia aksi sekilas dua tapi mencetus " aku nak jadik pelumba basikal!macam best jerk tengok".
mungkin bakal melayu pertama dapat emas olimpik.



4.hairudin omar
ini spesel punya orang. dia menang piala malaysia dengan 3 negeri berlainan dan meletakkan nama sebagai penjaring bagi 3 final berasingan..sejarah kelas tersendiri.bekas kapten malaysia.

rembatan kaki kanan padu.laju dan keras.mempunyai tandukan yang sangat merbahaya ; pemain yang menewaskan cudiccini masa frenly, malaysia vs chelsea dengan tandukan.

5.skuad bola sepak 2001
Memasukkan trg dalam hall of fame juara piala malaysia..juara baru.ini skuad paling lengkap yang pernah terengganu ada setakat ni. Ia mantap segenap posisi.sayang skuad ni 'rebah' kerana hijrah pemain dan kesombongan che mat jusoh.sehingga kini tiada pemain yang berhijrah dapat kembali bermain untuk terengganu.

team ni mencatat 0 kalah dalam pusingan pertama liga malaysia tapi disebabkan pengumpulan 6 (rasenya) pemain dalam skuad malaysia telah menghancurkan rekod untuk muncul JUARA LIGA MALAYSIA TANPA KALAH.

dalam kempen piala malaysia sehingga JUARA 2001, terengganu hanya kalah sekali pada aksi kumpulan, itupun kerana sudah mendapat 15 point maksimum dari 5 perlawanan..perlawanan teakhir set rezab je masuk..tu yang kalah dengan perak tu..Final jumpa perak balik, bila first 11 masuk, baru yob tahu langit tu tu tinggi ke rendah. Ha ha ha! nostalgik!

ps- sape lagi erk?