Friday, March 30, 2012

qout hari ini

"Sometimes people don’t realise being royalty can be a very lonely world" TMJohor.

"The public think royalty is all about Ferrari but do you know the responsibility, do you know the criticisms. It’s like living in an aquarium. Everyone is there to judge you ... about what you do or what you say" tmjohor

“Orang gila sahaja kata tidak akan menyesal kalau sudah masuk ke penjara ini. Memang menyesal tetapi saya belajar banyak perkara yang tidak pernah saya tahu,” - Ariel Petepan-

"Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja." malique too phat

'Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya.' malique too phat

Sunday, March 18, 2012

bola qoutes

'being england manager is an important role. A very important role. You are always in the eye of the storm and have the media focused on you at all times but its something beautiful'

-capello, former england manager.

Sunday, March 11, 2012

cara Tony Fernades

sejak dulu, Tony dan Air Asia ada beberapa masalah dengan kerajaan dan MAS. Dia sering mengatakan Air Asia 'bermain' di padang yang tak sama rata dengan MAS .Ada betulnya juga sebab MAS adalah entiti kerajaan, tentunya kerajaan menjaga kepentingannya. Sebarang perbincangan dengan kerajaan atau MAS menemui jalan buntu(Subang Airport/aerobrigde klia2/lesen route contoh-contohnya).

ting! the best thing to do is masuk dalam MAS. MAS memang sentiasa rugi saban tahun dengan ratus2 juta ringgit setahun. Jadi dengan model air asia yang berjaya tidak susah untuk air asia dan MAS joint venture untuk kebaikan bersama.

Masalahnya, aku nampak MAS masih rugi dengan kemasukan Tony. Staff-staf MAS juga kurang puas hati dengan jv. Dan dengarnya kerugian paling besar pula dicatatkan suku pertama tahun ni. Dahlah firefly diberhentikan. Tony ada bunyi-bunyi MAS mahu kaji penggunaan aerobridge oleh MAS di KLIA 2. Pengurangan kos katanya.

Tony licik. satu batu kena pada tiga burung. Satu kena MAS. satu kena MAB. satu kena kerajaan.

Kalau aku, aku try jv dengan etihad atau emirates jer. dua company arab ni memang banyak duit dan takde masalah dengan kenaikan harga minyak dunia. dan Malaysia boleh tawarkan geografi - pintu masuk asia tenggara. dengan kejayaan air asia, ada juga sebab yang baik untuk jv.

ps-sarawak im coming again..

Saturday, March 10, 2012

avb kena pecat


daripada seorang pengurus yang paling hangat akhir musim lepas dari porto, akhirnya dipecat oleh majikan baru, chelsea. chelsea telah punya 8 pengurus sejak jose mourinho. masalah chelsea bukan pengurus. masalah chelsea adalah pemain bintang yang berlagak atau abramovic itu sendiri. pemain-pemain bintang yang berlagak tersebut sebenarnya telah melepasi zaman-zaman kegemilangan mereka..

'jika pengurus tidak menukar pemain, pemain akan 'menukar' pengurus' -anon

menguruskan kelab tidak sama menguruskan bisness. walaupun mungkin hampir sama. kelab bolasepak produknya - manusia. bisness ada manusia, ada bukan manusia. dan mengurus bukan manusia dengan duit yang banyak tidak susah. produk kelab itu manusia , yakni pemain tidak bermain bagus, tidak hormat pengurus dan jersi yang dipakai maka kelab akan menghadapi masalah.

di hari-hari awal avb datang chelsea, dan mengambil roberto di matteo sebagai penolong merupakan satu kesilapan awal. kegagalan avb sepatutnya kegagalan RDM itu sendiri, kecuali dia tidak benar-benar membantu avb di masa-masa sukar. sesuatu yang dia rasa dia tidak diberikan masa yang mencukupi sebelum dipecat dari west brom albion musim lepas. dan apabila RDM ambil alih dan menang lawan birmingham, dia dedikasikan kemenangan tu kepada Avb. Tahik Kucing!

Avb tidak menyesal kena pecat, sementelah dalam menjadi pengurus bolasepak level dunia, dipecat juga mendapat sejumlah wang pampasan yang besar. cuma dia mungkin terkilan menggunakan demokrasi, tidak diktaktor dalam dressing room chelsea...