Saturday, March 10, 2012

avb kena pecat


daripada seorang pengurus yang paling hangat akhir musim lepas dari porto, akhirnya dipecat oleh majikan baru, chelsea. chelsea telah punya 8 pengurus sejak jose mourinho. masalah chelsea bukan pengurus. masalah chelsea adalah pemain bintang yang berlagak atau abramovic itu sendiri. pemain-pemain bintang yang berlagak tersebut sebenarnya telah melepasi zaman-zaman kegemilangan mereka..

'jika pengurus tidak menukar pemain, pemain akan 'menukar' pengurus' -anon

menguruskan kelab tidak sama menguruskan bisness. walaupun mungkin hampir sama. kelab bolasepak produknya - manusia. bisness ada manusia, ada bukan manusia. dan mengurus bukan manusia dengan duit yang banyak tidak susah. produk kelab itu manusia , yakni pemain tidak bermain bagus, tidak hormat pengurus dan jersi yang dipakai maka kelab akan menghadapi masalah.

di hari-hari awal avb datang chelsea, dan mengambil roberto di matteo sebagai penolong merupakan satu kesilapan awal. kegagalan avb sepatutnya kegagalan RDM itu sendiri, kecuali dia tidak benar-benar membantu avb di masa-masa sukar. sesuatu yang dia rasa dia tidak diberikan masa yang mencukupi sebelum dipecat dari west brom albion musim lepas. dan apabila RDM ambil alih dan menang lawan birmingham, dia dedikasikan kemenangan tu kepada Avb. Tahik Kucing!

Avb tidak menyesal kena pecat, sementelah dalam menjadi pengurus bolasepak level dunia, dipecat juga mendapat sejumlah wang pampasan yang besar. cuma dia mungkin terkilan menggunakan demokrasi, tidak diktaktor dalam dressing room chelsea...

Sunday, January 29, 2012

a strange feeling

balik kampung kali ni. ada suatu perasaan aneh. mula-mula pergi kubur arwah ayah. kemudian ke kubur arwah mak. tanah perkuburan lain-lain. takdirnya begitu. terpisah di atas tanah. terpisah di dalam tanah. mak dan ayah, semoga bersama di syurga.

ya Allah. ampunkan dosa-dosa mereka.amin.

anakanda yang merindui,
ubi

Wednesday, January 25, 2012

barca lawan real

barca lawan real. suku akhir kedua.

cara-cara untuk real menang.

kena main bertahan. lawan barca dengan 'open game' sangat bahaya. dengan filosopi 'main cara cantik' barca tidak akan bertahan. mereka akan terus menyerang. real sangat laju dan bagus dalam 'serangan balas'.maka bertahan dan serang adalah sebaik-baik tektik.

kena disiplin dalam bertahan. 2 gol barca dalam suku akhir pertama adalah 2 kesilapan cara bertahan. gol pertama oleh puyol dari free header dari corner kick. gol kedua adalah bek kanan tidak jaga abidal. semua defenfer 'mengelilingi' messi.

long ball. ozil adalah best short passer. tapi lawan barca short-passer tidak berkesan. sebab barca adalah the best short passer team di dunia ketika ini. gunakan long ball seperti lampard/terry kepada drogba atau sneijer kepada milito..puyol lebih mudah goyang. kena bijak untuk dapatkan freekick seperti drogba juga milito. bila menyerang kemudian dilong-ball, pihak lawan dapat freekick dekat kotak penalti - mematikan mood menyerang barca. timbul tensen dan timbul sedikit kebimbangan untuk wing-back naik ke atas. abidal dan alves.

jangan temper. bila temper segalanya tidak akan menjadi. sekali pun ketinggalan tetap kena tidak temper dan terus fokus untuk mencari gol. main kena enjoy. main jangan tensen.

main 4-2-1-3. 2 itu defensif midfielder. kena 2 sebab barca menyerang dari mana2 arah. 2 itu kena tapis agar 4 lebih mudah. 2 kena menyerap serangan. 4 akan mematahkan serangan. 1 itu long ball passer, the key to attack. 3 kena ready - dimaria-benzema/higuan-ronaldo.

jika 1 defensif-midfielder itu 'belangkas' kepada messi juga bagus. tidak semestinya pepe. pemain muda tak ada nama pun tak pe. janji ikut messi sama ada dengan bola atau tanpa bola. ikut rapat 90 minit! 'hilangkan' messi, seperti hilangkan jantung barca.

main huduh janji menang daripada 9 kali try main cantek lawan barca tapi tak menang-menang.

real.tolong menang!

Saturday, January 7, 2012

anwar - dr m

aku tetap merasakan.. anwar dan dr m adalah gandingan yang paling baik...berbanding mana-mana PM-TPM yang pernah malaysia miliki sebelum ini. fakta memang begitu...

setelah tuah-jebat. dr m - anwar adalah tragedi bangsa yang pilu...

apa yang aku mahu lihat adalah kemaafan dan kematangan dalam berpolitik. ia akan membawa negara kepada lebih baik.

ps-aku teka anwar akan terpenjara.

Thursday, November 24, 2011

kalau bercinta..

'jika kau bercinta, jangan bercinta sakan.
takut nanti putus kau akan bersedih sakan'

aku rasa kalau aku sayang orang, tidak mungkin aku bagi separuh. atau bagi sikit-sikit. bagi sepenuh hati la. kalau betul putus akhirnya. ia satu rasa yang berbaloi.

sebab kalau sayang orang. bila putus, rasa biasa-biasa. rasa macam okey jer. teknikalnya belum benar-benar sayang.

ps-apahal mode jiwang karat jerk ni.arghh!

Tuesday, November 22, 2011

meluahkan perasaan

'meluahkan perasaan, sama seperti mengambil penalti'

badrol baktiar, final sukan sea 2011.-->okey aku tipu.