Thursday, November 24, 2011

kalau bercinta..

'jika kau bercinta, jangan bercinta sakan.
takut nanti putus kau akan bersedih sakan'

aku rasa kalau aku sayang orang, tidak mungkin aku bagi separuh. atau bagi sikit-sikit. bagi sepenuh hati la. kalau betul putus akhirnya. ia satu rasa yang berbaloi.

sebab kalau sayang orang. bila putus, rasa biasa-biasa. rasa macam okey jer. teknikalnya belum benar-benar sayang.

ps-apahal mode jiwang karat jerk ni.arghh!

Tuesday, November 22, 2011

meluahkan perasaan

'meluahkan perasaan, sama seperti mengambil penalti'

badrol baktiar, final sukan sea 2011.-->okey aku tipu.

Monday, October 31, 2011

the best thing in life

aku sentiasa mahu itu
mahu itu
mahu itu

aku tak mahu ini
tak mahu ini
tak mahu ini

tapi hidup
kadang kita tidak boleh memilih
sekali pun kita boleh pilih
pilihan itu tidak memilih kita
itulah hidup.

hakikatnya
perkara terbaik dalam hidup ini
adalah kehidupan itu sendiri.

ps-ubi, bersyukurlah dengan kehidupan ini. berusahalah dengan keras agar tercapai segalanya.

Sunday, October 16, 2011

mike tyson

'manusia menilai manusia. Tuhan menilai hati manusia'

mike 'malik' tyson

Thursday, September 15, 2011

politik

...im not saying that pakatan rakyat is a good guy,but if u dont try, you would not know.."

-pak samad-

Saturday, August 27, 2011

raya


walaupun tiada semangat syawal
jangan sekali-kali tiada semangat ramadan

Saturday, August 20, 2011

serupa tapi tak sama


"aku buat menggunakan air panas yang sama.
gula yang sama.
kopi yang sama.
tapi kenapa rasa tak sama?"

pelakon utama lelaki puppy-love

tunggu


menunggu itu tidak pernah mudah

Wednesday, August 17, 2011

rezeki

Dan di bumi terdapat beberapa daerah yang berdekatan, kebun-kebun anggur,tanam-tanaman, pohon kurma yang bercabang dan yang tidak bercabang; disirami dengan air yang sama.Kami melebihkan tanam-tanaman itu atas sebahagian yang lain tentang rasanya.Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berfikir.

Al-Rad.ayat 4.

Tuesday, August 16, 2011

menulis


1. menulis itu satu jenis terapi

2...dengan menulis kita boleh jadi siapa sahaja..

3. hampir semua kerja bila tua semakin berkarat..tapi semakin banyak menulis semakin tua semakin berkilat...


Monday, August 15, 2011

love

.."love is something hard to decided.."

copy-paste tcc

Sunday, August 14, 2011

hati


dalam hidup seorang perempuan, ada seorang lelaki yang pastinya yang dia tak dapat lupakan, dalam hidup seorang lelaki, ada seorang perempuan yang pastinya dia tidak pernah dapat memilikinya

superb!
copypaste shafaza-zara.blogspot.com

Friday, August 12, 2011

kuasa

"di negara ini, mula-mula, kamu kena buat duit.lepas kamu dapat duit, kamu akan dapat kuasa.bila kamu dapat kuasa, kamu akan dapat perempuan"

montana@al-pacino, scarface 1983

maaf


'do forgive, but do not forget'

sukses


kejayaan yang besar bermula dengan impian yang besar

copypaste-joegrimjow

chenta


kadang bila mencintai
kadang bila menyayangi
takdir tiada memiliki
tapi berbaloi untuk merasai
kerana kadang hidup
adalah tentang rasa
bukan tentang punya


beri


"in this world
sometimes when you give
you will get back
sometimes when you give
you will never get back"


sukses

"if you are successful
you will win
some false friends
and some true enemies"

copypaste-nurulbadiahlai

dream


"believe the unbelievable, dream the impossible, and dont take 'no' for an answer"

tony fernandes
ceo airasia

Thursday, August 11, 2011

seks tanpa payudara


"..ghairah yang dibangkit dengan perlahan dan semulajadi akan menghasilkan libido (nafsu seks) yang hebat.Oleh itu ingatlah, organ seks yang penting dalam hubungan seks adalah otak."

-prof. Madya Dr. Nik Hazlina Nik Hussain-
ahad
31 Julai 2011.M2 sisipan utusan.

matang


"...kematangan seorang lelaki untuk mengenal kehidupan yang sebenar adalah lambat berbanding wanita..."

ms-64,Mingguan Wanita 1447

berubah


time change.people change.heart change

Wednesday, August 10, 2011

jatuh


semasa kecil
kita jatuh
kita bangun sendiri
siap ketawa!

semasa besar
kita juga jatuh
putus asa
tiada semangat

pelik.



rahsia dan pecah rahsia


semua orang pernah korek punggung
dan menciumnya!

semua orang pernah ada rahsia
dan pecah rahsia.

blogger


"blogger adalah orang yang sunyi"

-anon-

mati

..berani mati, tak mati...

-tony wong, komik alam perwira-

bola


serius.bola bukan sekadar sebuah gol..

seks


..perempuan boleh tutup mata tentang seks.lelaki sebolehnya mahu empat mata terbuka...

politik


...politik demokrasi itu najis tapi manusia demokrasi dan najis tidak dapat dipisahkan...

Friday, August 5, 2011

marah

"...semua yang dimulai dengan rasa marah akan berakhir dengan rasa malu..."

pemikir, benjamin franklin

Wednesday, August 3, 2011

diam

"kadang lebih baik diam.ia bukan sejenis jawapan, tapi sejenis penyelesaian.."

kahwin

"perkahwinan itu bukan perjudian..ia sebuah pengembaraan"

Tuesday, August 2, 2011

mimpi

jika bermimpi, mimpilah tinggi-tinggi
tapi tengok juga rumput di bumi
kelak, kalau mimpi jadi ngeri
kita tidak akan 'mati'

ubi

chenta

...cinta itu semua rasa dalam satu...


-kapten-

mistakes

..kadang kita belajar dari kita sendiri.kadang kita belajar dari yang lain ...

Friday, July 22, 2011

gagal

aku tidak takut gagal...tapi aku takut kesan-kesan kegagalan itu...

Friday, July 8, 2011

peludah warna A Samad Said

Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.

Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.

Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.

A Samad Said

Wednesday, June 29, 2011

...semakin aku ingin ke depan, semakin aku terkebelakang....

test www.utusan.com.my

Monday, June 20, 2011

kehidupan

"...dalam kehidupan, yang penting adalah apa yang kita cari..BUKAN apa yang kita capai..."

Sunday, January 30, 2011

hero sukan terengganu



1.anuar manan
setelah bertahun-tahun menganjur le tua de langkawi..akhirnya ada pelumba negara naik podium..malaysia memang terkenal dengan penganjuran tapi tidak dengan kemenangan..hehehe.masuk list aku walau orang kata team yang join le tour de langkawi team dok power mana...


2.nazmizan mohammad
mungkin sekadar jaguh asean dan tidak lama..tapi susuk tubuh yang tegap..dan mengalahkan 2 sprinter thailand (negara jagoan pecut taraf asia) memang memorable.bekas raja pecut asia tenggara. menang emas 100meter dan 200meter sukan sea sekaligus kali pertama sejak kemarau 36 tahun.

"Saya sebenarnya tidak layak untuk beraksi pada Sukan SEA 2003 kerana gagal melepasi had kelayakan. Namun, selepas perbincangan dan rayuan dibuat, saya telah diberi peluang, itu pun atas tiket sebagai atlet Kategori B.

"Tiada siapa mengenali saya ketika itu. Walaupun dalam hati kecil saya tetap terdetik untuk mencipta sejarah di bumi Vietnam. Ketika acara 100 meter berlangsung, saya tidak memikirkan apa-apa selain ingin menamatkan perlumbaan," jelasnya.



3.azizul hasni awang
minat lumba basikal masa kecik masa tengok peserta le tour de langkawi...ia aksi sekilas dua tapi mencetus " aku nak jadik pelumba basikal!macam best jerk tengok".
mungkin bakal melayu pertama dapat emas olimpik.



4.hairudin omar
ini spesel punya orang. dia menang piala malaysia dengan 3 negeri berlainan dan meletakkan nama sebagai penjaring bagi 3 final berasingan..sejarah kelas tersendiri.bekas kapten malaysia.

rembatan kaki kanan padu.laju dan keras.mempunyai tandukan yang sangat merbahaya ; pemain yang menewaskan cudiccini masa frenly, malaysia vs chelsea dengan tandukan.

5.skuad bola sepak 2001
Memasukkan trg dalam hall of fame juara piala malaysia..juara baru.ini skuad paling lengkap yang pernah terengganu ada setakat ni. Ia mantap segenap posisi.sayang skuad ni 'rebah' kerana hijrah pemain dan kesombongan che mat jusoh.sehingga kini tiada pemain yang berhijrah dapat kembali bermain untuk terengganu.

team ni mencatat 0 kalah dalam pusingan pertama liga malaysia tapi disebabkan pengumpulan 6 (rasenya) pemain dalam skuad malaysia telah menghancurkan rekod untuk muncul JUARA LIGA MALAYSIA TANPA KALAH.

dalam kempen piala malaysia sehingga JUARA 2001, terengganu hanya kalah sekali pada aksi kumpulan, itupun kerana sudah mendapat 15 point maksimum dari 5 perlawanan..perlawanan teakhir set rezab je masuk..tu yang kalah dengan perak tu..Final jumpa perak balik, bila first 11 masuk, baru yob tahu langit tu tu tinggi ke rendah. Ha ha ha! nostalgik!

ps- sape lagi erk?